ALIRAN KERJA
Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:
A. Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut:
� Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
� Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
� Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
� Tujuan / objektif / matlamat.
� Tarikh / masa / tempat.
� Anggaran perbelanjaan.
� Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.
� Atur cara rasmi.
� Senarai tugas setiap jawatankuasa.
B. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk
� Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
� Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
� Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
� Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
� Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.
� Perasmi dan atur cara rasmi.
C. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
� Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.
� Senarai semak kerja dan tindakan.
� Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
� Membentuk jawatankuasa kecil.
D. Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)
� Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
� Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
� Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.
E. Persediaan sebelum kejohanan
� Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
� Susunan jadual latihan rumah sukan.
� Penyediaan borang-borang
� penyertaan keseluruhan
� penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
� keputusan
� hakim penamat
� pencatat masa
� acara lompatan
� acara balingan
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN
o Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
o Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
o Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
o Mendapatkan senarai peserta.
o Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
o Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
o Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
o Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan masing-masing.
o Menyediakan program pentadbiran.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH
o Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
o Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.
o Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
o Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.
o Menyediakan khemah rumah.
o Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
o Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
o Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
o Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
o Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
o Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
o Menyediakan borang-borang pertandingan.
o Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
o Menyediakan nombor-nombor peserta.
o Menyediakan atur cara hari kejohanan.
o Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
o Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA TEKNIK
o Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
o Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
o Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
o Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
o Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
o Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
o Mendapatkan senarai nama pegawai.
o Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
o Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
o Memberi taklimat kepada semua pegawai.
o Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
o Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
o Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
o Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
o membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA STATISTIK
o Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian kejohanan tahun sebelumnya.
o Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
o Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
o Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
o Menyediakan program (perisian) keputusan.
o Membukukan semua keputusan mengikut acara.
o Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
o Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
o Membuat Pelan Tindakan Risiko.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)
o Membuat anggaran jumlah minuman yang diperlukan.
o Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
o Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
o Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
o *Jawatankuasa berasingan perlu diwujudkan jika terdapat jamuan khas.
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
o Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
o Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
o Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
o Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun sebelumnya.
o Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan / pegawai / tetamu.
o Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
o Menyusun aturan pemberian hadiah.
o Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
o Menyediakan pengurus pemenang.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA PERASMIAN
o Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.
o Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
o Menyusun atur cara perasmian.
o Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
o Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
o Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL
o Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.
o Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
o Menyediakan dan melabel tempat duduk.
o Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
o Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
o Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
o Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN
o Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.
o Berhubung dengan media tentang kejohanan.
o Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
o Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA
o Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
o Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
o Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
o Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.
o Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.
JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA
o Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
o Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
o Memasang dan menyimpan peralatan.
o Menyediakan juruacara kejohanan.
o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS
o Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.
o Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.
o Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
o Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.
* Pelan Tindakan Risiko - satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalan dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.
SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN
• Juri Rayuan
• Pengurus Kejohanan
• Penolong Pengurus Kejohanan
• Pengurus Teknik
• Penolong Pengurus Teknik
• Referi Balapan
• Referi Padang
• Ketua Hakim Balapan
• Ketua Hakim Padang
• Ketua Penjaga Masa
• Ketua Pengadil Lorong
• Ketua Pencatat
• Ketua Pengawas
• Ketua Penyelia Peserta
• Hakim Balapan
• Hakim Padang
• Pelepas
• Penjaga Masa
• Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan
• Pencatat
• Penyelia Peserta
• Penolong Pelepas
• Juruacara
• Perangkaan dan Keputusan
• Hadiah dll
KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA
• Kata-kata Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)
• Kata-kata Aluan Pengetua
• Kata-kata Aluan YDP PIBG
• Jawatan Kuasa Pengelola / Induk
• Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan
• Jawatan Kuasa Pertandingan
• Senarai Kepegawaian
• Atur Cara Perasmian / Penutupan
• Atur Cara Kejohanan
• Undang-undang Pertandingan
• Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod
• Penghargaan
Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah
PENDAHULUAN
Secara umum, aspek persediaan dan kepegawaian adalah hampir menyamai Pengurusan Kejohanan Olahraga. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut adalah aspek-aspek yang dianggap khusus untuk Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah.
PERATURAN AM
• Pengurus Pasukan mesti memastikan semua peserta berada dalam keadaan sihat dan memuaskan untuk bertanding.
• Hanya pelajar yang mendapat pengesahan masalah kesihatan daripada pegawai perubatan dan yang terlibat dalam kepegawaian sahaja dibenarkan untuk tidak mengambil bahagian.
• Peserta hendaklah mempunyai tanda pengenalan khusus kategori seperti warna kain pelekat yang berbeza bagi kategori umur dan jantina yang berbeza.
• Pemberian mata boleh mengikut sama ada kedudukan sahaja atau kedudukan dan had masa. Contoh kedudukan : Tempat Pertama = 20 mata ..... Tempat Kesepuluh = 3 mata. Contoh had masa : Peserta-peserta yang mendapat tempat sebelas ke atas dan menamatkan larian dalam masa 1 jam akan diberi 2 mata.
JARAK PERTANDINGAN
Jarak yang digunakan Peringkat Daerah dan Negeri
• Lelaki Bawah 18 Tahun : 10 km
• Lelaki Bawah 15 Tahun : 8 km
• Lelaki Bawah 12 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 18 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 15 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 15 Tahun : 4 km
KEPEGAWAIAN
Pegawai-pegawai berikut adalah tambahan khusus untuk Acara Larian.
• Pegawai Tunjuk Arah
o Mengiringi peserta pertama mengikut arah larian.
o Menunjuk arah kepada peserta-peserta di simpang atau tempat yang boleh mengelirukan peserta larian.
• Pegawai Semakan Check Point
o Membuat semakan nombor pelekat peserta bagi memastikan peserta mematuhi arah larian, atau
o Mengagihkan kad semakan kepada peserta di check point terpilih yang tertentu.
• Pegawai Kawalan Trafik
o Memastikan keselamatan dan membuat kawalan lalu lintas laluan peserta.
5
o Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan
• Pegawai Rondaan Pertolongan Cemas
o Bersedia dengan sebarang kemungkinan kes-kes kecemasan sepanjang trek larian.
o Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak hospital atau agensi bantuan kecemasan seperti PBSMM, St. John Ambulans atau Pertahanan Awam.
• Pegawai Lorong-lorong Penamat
o Menjaga serta mengagihkan kad nombor kedudukan pada lorong penamat mengikut kategori.
o Bertugas bersama-sama pencatat dan penjaga masa.
• Latihan
o Latihan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap kategori. Contoh : Latihan 1 untuk Peserta Lelaki sahaja. Latihan 1 untuk Peserta Perempuan sahaja. Latihan 2 untuk semua secara serentak. Latihan serentak penting bagi menguji keberkesanan Pengurusan Pegawai Pertandingan dan Kawalan Trafik.
• Langkah Keselamatan
o Peserta yang terakhir mesti diiringi oleh seorang pegawai bagi memastikan semua peserta telah selamat tiba di garisan penamat.
o Pegawai Kawalan Trafik hanya boleh meninggalkan tempat bertugas apabila peserta akhir telah melintasi tempat kawalannya. Pegawai Kawalan Trafik mesti dimaklumkan pegawai yang mengiringi peserta terakhir.
• Kebajikan Petugas
o Perlu ada satu jawatan kuasa yang akan memastikan kebajikan pegawai khasnya yang bertugas di sepanjang trek seperti penyediaan minuman dan payung besar bagi tempat yang terlalu terdedah dengan pancaran matahari.
• Peta Larian
o Mesti disediakan dengan petunjuk-petunjuk yang jelas.
No comments:
Post a Comment