SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Wednesday, November 3, 2010

SISTEM RESPIRETORI

1.1         Pengenalan

Sel memerlukan bekalan oksigen yang berterusan untuk menjalankan aktivitinya dan dalam proses tersebut, karbon dioksida dihasilkan. Dalam sistem kardiovaskular, oksigen di bawa dari paru-paru ke tisu periferi sementara karbon dioksida yang dihasilkan oleh tisu diangkut ke paru-paru untuk dihembus keluar.  Proses pengambilan oksigen dan pembuangan karbon dioksida ini terangkum dalam sistem pernafasan.  Sistem pernafasan terdiri daripada organ-organ yang boleh menukarkan gas antara atmosfera dengan darah. Organ-organ tersebut ialah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

1.2         Struktur anatomi sistem respirasi

Sistem respirasi terdiri daripada organ pernafasan yang mempunyai beberapa komponen utama. Organ pernafasan manusia terdiri daripada dua organ utama iaitu salur pernafasan dan paru-paru yang terletak di dalam rongga toraks.

i.              Salur pernafasan
Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiol.

a.    Hidung
Hidung ialah organ penghiduan dan pembauan yang juga merupakan sebahagian sistem pernafasan. Ia terdiri daripada tulang dan rawan.  Lubang hidung terdiri daripada dua saluran yang dipisahkan oleh septum hidung.  Tulang-tulang dibelakang hidung berhubungan dengan ruang kosong yang disebut sinus.  Dinding sinus membebaskan mukus untuk melembapkan udara dan membantu pembentukan kualiti suara.
                        Melembapkan udara yang masuk ke paru-paru merupakan salah satu fungsi hidung.  Udara yang masuk ke paru-paru ini dapat dilembapkan kerana menghasilkan mukus sebanyak satu liter sehari.  Zarah-zarah yang besar diasingkan oleh bulu hidung, sementara bakteria dan bahan-bahan halus yang lain diperangkap oleh mukus. Mukus yang telah memerangkap kotoran akan dihantar ke tekak untuk ditelan atau dikeluarkan.  Kemudian, mukus yang baru akan terbentuk dan proses ini akan berterusan.  Sementara itu, bakteria yang ditelan bersama-sama mukus tadi dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam gaster. Selain diperangkap dan ditelan, bakteria juga dimusnahkan oleh lisozim iaitu enzim pembunuh bakteria.
            Proses pemanasan udara sedutan dilakukan oleh struktur seperti turbin, yang terdiri daripada tulang-tulang kecil yang menonjol dari dinding tepi setiap lubang hidung.  Tulang-tulang ini sebenarnya bertindak sebagai radiator. Ia dikelilingi oleh tisu erektil yang mempunyai bekalan darah yang banyak.  Apabila seseorang menyedut udara sejuk, tisu ini akan mengembang kerana darah dihantar ke bahagian tersebut dengan banyak. Dengan ini, luas permukaan untuk pemanasan udara akan meningkat.

b.    Farinks
Farinks atau tekak ialah salur berbentuk corong sepanjang 13 cm iaitu bermula dari bahagian dalam hidung memanjang turun ke bahagian leher. Fungsi farinks adalah sebagai laluan udara dan makanan serta merupakan ruang bunyi pertuturan beresonans.

c.    Larinks
Larinks atau kotak suara merupakan laluan pendek yang menghubungkan farinks dengan trakea.  Disini, terdapat beberapa tulang rawan antaranya ialah epiglotis. Semasa menelan, larinks bergerak ke atas.  Ini menyebabkan epiglotis menutupi glotis.  Glotis ialah ruang antara lipatan vokal di larinks.  Dengan cara ini,  larinks tertutup manakala makanan dan air minuman memasuki esofagus.  Jika larinks dimasuki sesuatu benda, refleks tersedak akan berlaku.  Refleks tersedak adalah satu refleks perlindungan yang berfungsi untuk mengelak benda asing daripada memasuki paru-paru. 
            Bunyi berpunca daripada getaran kotak suara tetapi struktur-struktur lain penting untuk mengubah bunyi kepada pertuturan yang bemakna. Farinks, mulut, ruang hidung dan sinus paranasal semuanya merupakan rongga beresonans yang membentuk suara seseorang.  Kontraksi dan pengenduran otot di dinding farinks menghasilkan bunyi fonetik.  Otot-otot muka, lidah dan bibir membolehkan manusia membentuk perkataan. 


d.    Trakea
Tulang rawan berbentuk cincin yang membawa udara ke bronkus. Terdapat silia yang bermukus dan bergerak 60 kali sesaat untuk memerangkap kotoran dan habuk.

e.    Bronkus
Terdiri daripada bronkus kanan dan kiri serta dilapisi oleh tisu epitilium. Di permukaan epitilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru. 

f.     Bronkiol
Bronkiol merupakan salur udara paling halus.

g.    Alveolus
Kantung udara dimana tempat berlakunya pertukaran gas oksiegn dan karbon dioksida.



No comments:

Post a Comment