SISTEM TENAGA
§ Tenaga diperolehi dari makanan.
§ Penghasilan dalam badan secara berterusan untuk kehidupan.
§ Kapasiti melakukan kerja.
§ Penghasilan tenaga melalui
pemecahan nutrien makanan
menghasilkan “Adenosina Trifosfat”
( ATP ).
§ Tenaga dihasilkan semasa pemecahan ATP sebanyak 7 hingga 12 kilokalori.
Adenosina Trifosfat ( ATP )
Dihasilkan melalui :
1. Sistem anaerobik alaktik
(ATP-PC)
2. Sistem anaerobik laktik
(Glikosis anaerobik / sistem asid laktik )
3. Sistem aerobik
( sistem oksigen )
Sistem Anaerobik Alaktik
(ATP-PC)
o Dikenali sebagai sistem fosfogen
o Membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi sehingga 10 saat.
o Fosfokreatin ( PC ) disimpan dalam sel otot.
o Tenaga terhasil apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin.
o Hasil pemecahan ialah Kreatin (c) dan fosfat bukan organik (pi )
|
Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC)
( Anaerobik Glikolisis )
§ Penghasilan tenaga hasil pemecahan glukosa.
§ Karbohidrat yang tercerna atau glikogen tersimpan dalam otot atau hepar.
§ Tidak memerlukan oksigen untuk proses pemecahan glukosa.
§ Menghasilkan asid laktik yang melesukan otot.
§ ATP yang dihasilkan melebihi dari yang diperolehi dari sistem ( ATP-PC).
§ ATP untuk aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit.
Sistem Aerobik
§ Memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga.
§ Penghasilan paling banyak ATP
§ Membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam jangkamasa yang lama.
§ Aktiviti berintensiti rendah dan sederhana.
§ Nutrien glikogen, lemak dan protein digunakan untuk penghasilan tenaga.
§ Hasil sampingan tidak melesukan.
Kelesuan Otot
Penumpuan kepada:
v Sistem tenaga ( ATP-PC, Glikolisis
dan pengoksidanan )
v Pengumpulan hasil sampingan
metabolik.
v Sistem saraf.
v Mekanisma kegagalan pengecutan
gentian otot.
Faktor-Faktor Penyebab:
v Pengumpulan asid laktik
v Kekurangan simpanan ATP dan PC
v Kekurangan simpanan glikogen otot
Pengumpulan Asid Laktik
· Akibat pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna.
· Berlaku dalam fiber otot.
· Glukosa ditukar oleh enzim kepad asid laktik bagi menghasilkan ATP.
· Apabila kandungan asid laktik banyak dalam darah akan menyebabkan kelesuan.
Kekurangan Simpanan
ATP dan PC
Fosfokreatin ( PCr) digunakan dalam sistem anaerobik untuk membina ATP dan kemudiannya mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan kelesuan berlaku bersama dengan pengurangan phophocreatine. Sistem ATP-PCr berintensiti tinggi. Pada paras kelesuan yang tinggi, kedua-dua ATP dan PCr menjadi sangat kurang.
Kekurangan Simpanan
Glikogen Otot
Langkah-Langkah
Melambatkan Kelesuan
Bagi melambatkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat. Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit gagal mengekalkan rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan ATP dan PC.
No comments:
Post a Comment