SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Tuesday, November 16, 2010

OTOT UTAMA BAHAGIAN DEPAN BADAN

PERKEMBANGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA


 Bola Sepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya       ketika pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.
Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954. Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.
FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini. Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak negara dikenali sebagai pasukan Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan muncul antara pasukan terkuat di rantau Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an ketika era Datuk Ghani Minhat.
Pencapaian terbaik Malaya ketika itu ialah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan negara berterusan selepas pembentukan Malaysia. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran.
Ketika inilah lahirnya lagenda bola sepak negara , Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang mempunyai rekod 125 gol daripada 167 penampilan antarabangsa. Mokhtar atau nama gelarannya Supermokh mula mewakili negara pada pestabola Medeka tahun 1972 sebelum membuatpenampilan terakhir ketika Malaysia menentang Korea Selatan pada saingan Pra Piala Dunia tahun 1985. Namun, bagi pasukan kebangsaan, rekod cemerlang terus dilakar apabila layak berturut-turut ke Paiala Asia pada 1976 dan tahun 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, namun kerajaan Malasia mamboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan negara bagaimanapun tercemar pada tahun 1994 ekoran berlakunya skandal rasuah terbesar yang melibatkan ramai pemain utama selain pasukan negara. 
Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh  dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan ‘football’ yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

SEJARAH AWAL BOLA SEPAK

1.0             

Menurut Bill Muray, pakar sejarah bola sepak, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, sepak bola sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding muzium yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.
Manusia bermain bola sejak beribu-ribu tahun dahulu, dipercayai bahawa orang-orang Indian Amerika Selatan telah mencipta bola elestik yang pertama ribuan tahun dahulu.
Berdasarkan sejarah, bola dahulu diperbuat daripada kulit haiwan, pundi haiwan ataupun tengkorak manusia,menurut lagenda pada zaman pertengahan dahulu sebilangan penduduk kampung akan menendang tengkorak disepanjang laluan ke kampung yang bersebelahan kemudian menendang masuk ke dalam kotak di kampung berkenan, tindakan itu akan dibalas dengan cara yang sama oleh kampung yang bersebelahan.
Semasa dinasti Ts'in dan Han Dynasties (255 BC-220 AD), orang-orang cina bermain 'tsu chu' iaitu permainan bola yang mana bola diperbuat dari kulit haiwan, mereka menjaringkan gol melalui jaring yang diikat antara dua tiang. Orang Greek dan Roman juga bermain bola sejak ribuan tahun dahulu, mereka menggunakan kaki atau membawa dengan tangan.