SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Monday, November 8, 2010

PEMBUDAYAAN ADAB MURID

A. ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS.

1. Tingkahlaku Pelajar.

  • Pelajar harus mengucapkan “Selamat Pagi/Petang” kepada guru semasa guru masuk dalam kelas.
  • Pelajar mengucapkan “Terima kasih Cikgu” semasa guru keluar dari kelas.
  • Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada  guru dan rakan.
  • Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat kesilapan..
  • Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas.
  • Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang mengajar pada waktu tersebut.
  • Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar.
  • Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas.
  • Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru sebelum menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih lanjut.
  • Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar.
  • Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab.
  • Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan.
  • Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri, pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas.
  • Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru.
  • Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas.
  • Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru.
  • Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya.
  • Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

2. Tingkahlaku Guru.

  • Guru tidak boleh menghina mana-mana pelajar.
  • Guru tidak boleh menjatuh maruah pelajar dengan kata-kata kesat atau sinis di depan pelajar lain.
  • Guru harus sentiasa menunjukkan contoh dan teladan baik kepada pelajar dengan menunjukkan tingkahlaku serta gaya yang baik.
  • Guru harus sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai kecemerlangan dengan memberi kata-kata puji atau memberi galakkan dan motivasi.
  • Guru sentiasa memberi peluang untuk pelajar membela diri jika beliau dituduh melakukan kesalahan.
  • Guru harus bertindak segera dan menyiasat segala aduan yang dibuat oleh pelajar.
  • Guru harus menyiasat dan bertindak secara adil terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan.


B. ADAB SEMASA PERHIMPUNAN.

1. Tingkahlaku Pelajar.

  • Semua pelajar harus bergerak secara teratur ke tapak perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan bermula.
  • Ketua kelas harus memastikan bilik kelas dikunci dan tidak ada pelajar lain tertinggal di dalam kelas semasa perhimpunan.
  • Pelajar harus berbaris mengikut kelas dengan pelajar lelaki di bahagian depan dan perempuan di bahagian belakang.
  • Pelajar harus sentiasa kemas berpakaian seragam yang lengkap untuk perhimpunan sekolah.Pemakaian aksesori dan barang kemas adalah dilarang sama sekali di kawasan sekolah.
  • Semua pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan pengawas sekolah.
  • Pelajar harus berada dalam keadaan senyap semasa perhimpunan dijalankan.
  • Setiap pelajar harus berdiri tegak semasa lagu kebesaran negara/ negeri dan lagu sekolah dimainkan.
  • Pelajar harus menumpukan penuh perhatian kepada segala amanat, peringgtan dan pengumuman yang dibuat semasa perhimpunan.
  • Pelajar dilarang makan, bising atau bermain sepanjang perhimpunan..
  • Setiap pelajar dipertanggunjawabkan untuk memastikan kawasan perhimpunan tidak dikotori.
  • Pelajar harus bergerak dalam barisan untuk diperiksa oleh JKDS dan pengawas selepas perhimpunan.
  • Setiap kelas yang ditugaskan untuk mengemaskan tapak perhimpunan harus tinggal untuk sementara waktu sehingga tapak perhimpunan bebas daripada pelajar-pelajar.

2. Tingkahlaku Guru.

  • Guru harus menunjukkan contoh dan teladan baik dengan berada di tempat perhimpunban tepat pada masanya.
  • Setiap teguran dan nasihat yang disampaikan harus bersifat positif dan bersifat baik pulih untuk membina sahsiah pelajar yang cemerlang.
  • Guru dan sekolah dilarang menghukum pelajar yang melakukan kesalahan di khalayak ramai terutama semasa  perhimpunan sekolah.
  • Barang-barang haram yang dirampas semasa  perhimpunan akan disimpan dan hanya dikembalikan jika pelajar boleh memberi penjelasan yang munasabah.


C. ADAB SEMASA BERHUBUNG SESAMA MANUSIA.

1. Tingkahlaku Pelajar.

  • Setiap pelajar harus peka dan menghormati adat resam, agama dan sensitiviti kaun lain.
  • Pelajar harus sedar kedudukan diri dan melayani serta menghormati orang lain terutama  sekali orang yang lebih tua sesuai dengan pangkat dan peringkat umur mereka mengikut budaya dan norma masyarakat setempat.
  • Pelajar tidak boleh bermain sehingga keterlaluan seperti mengejek dan menghina nama rakan atau nama ibubapa rakan  sehingga menjatuhkan maruah dan harga diri pelajar tersebut di depan orang lain.
  • Semua pelajar harus mengamalkan budaya positif seperti mengucapkan terima kasih atau memohon maaf kepada pelajar lain jika ada menyinggung perasaan mereka.
  • Mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat dan menyumpah orang adalah dilarang sama sekali.
  • Pelajar tidak dibenarkan untuk menyebar khabar angin .
  • Pelajar harus menunjuk raut wajah yang sentiasa ceria dan sentiasa bertegur sapa dengan pelajar dan guru.

2. Tingkalaku Guru.

  • Melayani dan menganggap semua pelajar seperti  anak sendiri dan melayani serta bertindak seolah-olah berdepan anak sendiri.
  • Menunjukkan wajah ceria, menegur dan bersapa dengan pelajar.
  • Menyiasat dan bertindak terhadap segala aduan pelajar dan menyelesaikan konflik antara pelajar secara adil dan tidak pilih kasih.
  • Bersedia membantu mana-mana pelajar dalam kesulitan dan mengambil berat tentang kebajikan pelajar yang di bawah jagaan beliau.
  • Tidak mengambil tindakan yang boleh menghina atau menjatuhkan maruah pelajar, keluarga, budaya atau bangsanya.
  • Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kepada pelajar.
  • Guru harus sentiasa sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi kebajikan dan kemajuan pelajarannya.






D. ADAB DENGAN ALAM SEKITAR.

1. Tingkahlaku Pelajar.
  • Pelajar harus mempunyai nilai cinta terhadap alam sekitar dengan sentiasa memelihara dan memuliharanya kebersihan dan keceriannya.
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga kebersihan kawasan kelas dan sekolah.
  • Setiap pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah agar menjadi kodusif untuk proses P&P dijalankan.
  • Setiap pelajar harus memastikan kawasan sekolah bebas daripada sampah setiap masa.
  • Sampah sarap yang terdapat di tong sampah harus dihantar ke tempat pemgumpulan sampah  setiap hari agar dapat dilupuskan oleh Majlis Tempatan.
  • Pelajar harus mengamalkan budaya mengutip sampah jika terserempak dengannya dimana-mana sahaja di kawasan sekolah.
  • Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan semua harta benda sekolah. Sebarang kerosakan atau kes vandalisme harus dilaporkan dengan serta merta agar tindakan segera boleh diambil.
  • Pelajar harus berkerjasama dengan jawatan kuasa  4K peringkat kelas untuk menceriakan kelas masing-masing.

2. Tingkahlaku Guru.

  • Guru harus menunjukkan pada setiap masa, perasaan cinta kepada alam sekitar agar menjadi contoh kepada pelajar.
  • Guru harus peka terhadap keadaan kawasan sekolah atau kelas dan memastikan ada pelajar bertugas menjaga kebersihannya.
  • Pihak pentadbir harus menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk kawasan sekolah.

E. ADAB KEPADA GURU.

1.Tingkahlaku  Pelajar.
  • Pelajar harus menghormati semua guru sama ada guru  sesi pagi atau guru  sesi petang.
  • Pelajar harus mengucakan serlamat pagi/tengahari atau petang jika terserempak dengan guru di mana-mana sahaja.
  • Seiap pelajar harus menganggap guru sebagai ibu bapa mereka dan memberi layanan seperti mana mereka melayani ibu bapa mereka sendiri.
  • Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata pelajaran atau guru gantian harus dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka melayani guru kelas masing-masing.
  • Setiap pelajar harus menerima apa jua teguran dan nasihat guru .
  • Kawasan Bilik Guru, Pejabat dan bilik-bilik khas adalah kawasan larangan dan kemasukkan pelajar ke kawasan ini hanya dibenarkan jika mendapat izin daripada  guru.
  • Pelajar tidak bolek masuk ke  pejabat atau bilik guru jika pada waktu itu tiada guru di dalamnya.
  • Jika pelajar disuruh mengambil sesuatu daripada  meja guru di bilik guru, dia  harus memberitahu guru-guru lain dalam bilik siapa yang menyuruhnya berbuat demikian.
  • Semua pelajar harus bantu menjaga harta benda sekolah dan harta guru merka.
  • Pelajar harus meminta kebenaran guru yang mengajar jika ingin keluar daripada kelas. Untuk itu, guru akan memberi pas keluar kelas kepada pelajar berkenaan.
  • Pelajar harus mengetuk pintu dan minta izin daripada guru yang mengajar jika ingin masuk ke dalam kelas semula.
  • Semasa P&P dijalankan, pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan buat kerja secara senyap.
  • Jika pelajar inginkan guru memberi penjelasan lanjut, beliau harus mengetuk meja atau mengangkat tangan sebelah dahulu untuk mengambil perhatian guru berkenaan sebelum mengajukan komen atau pertanyaan.
  • Pelajar tidak boleh menyampuk, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat .

F. ADAB KEPADA IBUBAPA.

1. Tingkahlaku Pelajar.
 Setiap pelajar harus menghormati dan mentaati ibubapa mereka.
  • Pelajar harus mendapat kebenaran ibubapa mereka jika ingin keluar dan mengambil bahagian dalam aktiviti di  luar kawasan sekolah.
  • Pelajar juga harus memberitahu ibubapa atau penjaga mereka tentang polisi, peraturan dan kehendak sekolah seperti jadual waktu, buku teks dan mata pelajaran yang diajar.
  • Pelajar harus menunjukkan laporan kemajuan akademik mereka kepada ibubapa mereka.pada penghujung setiap semester. Semua buku laporan harus ditandatangani oleh ibu bapa mereka sendiri.
  • Pelajar harus melayan  mana-mana ibu bapa yang datang ke sekolah dengan hormat dan berbudi bahasa serta memberi bantuan seperti mana mereka mahu ibu bapa mereka sendiri dilayan oleh orang lain.
  • Pelajar tidak boleh memfitnah, mengkritik , mengeluarkan kata-kata kesat atau menyebar khabar angin yang boleh menjatuhkan maruah dan integriti ibubapa pelajar lain.

G. ADAB SESAMA RAKAN.

  • Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka.
  • Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama.
  • Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama sendiri.
  • Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.
  • Pelajar harus menghormati  budaya dan agama pelajar lain.
  • Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan menghormati perbezaan ini.
  • Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa menghormatinya.
  • Menjaga keselamatan diri dan orang lain serta harta benda mereka adalah tanggungjawab semua orang termasuk pelajar. Setiap pelajar haruslah melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pihak sekolah.
  • Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga menyinggung perasaan pelajar lain. Dia  harus berani mengaku kesalahan dan kelemahan diri.
  • Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan semua pihak di sekolah terutama dalam penjagaan kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam kawasan sekolah.
  • Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilarang sama sekali.

H. ADAB SEMASA PERMAINAN / AKTIVITI.

  • Dalam mana-mana permainan atau aktiviti, semua pelajar wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
  • Setiap peserta harus datang tetap pada masanya agar aktiviti dapat dijalankan dengan lancarnya.
  • Setiap ahli pasukan harus berkerjasama dengan ahli yang lain demi kejayaan bersama. Mereka harus bersaingan dengan penuh semangat kesukanan.
  • Pihak lawan harus dihormati.
  • Pasukan yang bertanding harus berjabat tangan dengan pihak lawan dan mengucap selamat berjaya.
  • Selepas setiap perlawanan, para pemain harus berjabat tangan sekali lagi dan mengucapkan perkataan tahniah kepada mereka yang menang. Bagi mereka yang kalah harus diucapkan semoga berjaya lain kali.
  • Penyokong tidak boleh menghasut pemain bergaduh. Mereka harus menghormati pasukan lawan dengan tepuk sorak. Mengejek dan menghina pasukan yang kalah adalah dilarang sama sekali.
  • Setiap pemain harus mementingkan keselamatan pemain lain tidak boleh sama sekali bermain secara kasar atau bertindak dengan tujuan mencedera atau menipu pasukan lawan.
  • Para peserta aktiviti pula harus mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur selepas aktiviti selesai.



I. ADAB SESAMA MASYARAKAT.


  • Pelajar harus menghormati orang lain terutama sekali orang yang berpangkat atau yang lebih tua.
  • Pelajar harus menghulurkan bantuan kepada kaum yang lemah dan memberi keutamaan mereka seperti semasa menaiki bas atau di tempat lain.
  • Pelajar harus mengamalkan budaya berbaris dan tidak boleh potong queue semasa berbaris.
  • Pelajar harus dan mesti sanggup membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti orang miskin dan kurang upaya.
  • Pelajar harus mengamalkan adab sopan santun semasa menziarahi rumah orang lain atau semasa menghadiri majlis perkahwinan atau di tempat ibadat
  • Pelajar sebagai ahli masyarakat harus membantu menjaga harta benda awan dengan melaporkan kerosakan kepada pihak berkaitan.
  • Pelar juga harus dapat berkerjasama dengan pihak lain seperti polis, ambulan dan bomba terutama semasa kecemasan.
  • Pelajar harus memberi laluan  keutamaan kepada kereta bomba dan ambulan semasa berada dijalan raya.
  • Jika memandu, pelajar harus mematuhi segala peraturan lalulintas termasuk memberi isyarat-isyarat yang betul agar tidak berlaku kemalangan.
  • Perlajar harus peka dan hormati adat, budaya agama masyarakat lain.
  • Mereka harus sedar tentang sensitiviti kaum lain dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan konflik antara ahli masyarakat .

J. ADAB SESAMA PEMIMPIN.

  • Mengenali pemimpin setempat dan memberi hormat serta menegur jika terserempak dimana-mana.
  • Melayan pemimpin yang menjadi tetamu kehormat di sekolah dengan penuh budi bahasa serta tertib yang sesuai mengikut protokol yang sedia ada.
  • Para penerima harus sentiasa mengucapkan terima kasih Datuk / Datin / Yang Berhormat kepada pemimpin yang memberi sijil dan hadiah dalam majlis penyampaian apa-apa jenis sijil atau hadiah.
  • Menghormati dan tidak merosakkan seperti menconteng apa-apa bentuk gambar atau lambang para pemimpin negara.
  • Sentiasa menyebut gelaran dahulu sebelum nama pemimpin negara disebut.
  • Tidak menyebar fitnah, khabar angin atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana pemimpin.

No comments:

Post a Comment