SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Wednesday, November 3, 2010

KESAN LATIHAN KEPADA SISTEM ENDOKRINA

Pengenalan
Sistem endokrin merupakan himpunan kelenjar yang merembes bahan kimia perutusan yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini bergerak melalui saluran darah kepada organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam badan.Hormon merujuk kepeda sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel. Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia.
Pituitari merupakan kelenjar agong dalam badan manusia. Hormon-hormon yang terdapat dalam kelenjar pituitary adalah hormone pertumbuhan, hormon perangsang tiroid, hormon antidiuresis, hormon perangsang folikel, hormon peluteinan, hormon adrenokortikotrof, hormon prolaktin, hormon oksitosin. Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine  dan Triiodothyronine . Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur ( yang dinamakan isthmus atau ismus ). Setiap lobus berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis dan pretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang jalur perkembangan embriologi tiroid.
Struktur ismus atau isthmus yang dalam bahasa latin artinya penyempitan merupakan struktur yang menghubungkan lobus kiri dan kanan. Posisinya kira-kira setinggi cincin trakea 2-3 dan berukuran sekitar 1,25 cm. Anastomosis di antara kedua arteri thyroidea superior terjadi di sisi atas ismus, sedangkan cabang-cabang vena thyroidea inferior ber-anastomosis di bawahnya. Pada sebahagian orang dapat ditemui lobus tambahan berupa lobus piramidal yang menjulur dari ismus kebawah.
Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang pertama arteri external carotid(ECA). Arteri ini menembusi pretracheal fascia sebelum sampai ke bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid. Saraf laryngeal terletak berhampiran(di belakang) arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika tidak berhati-hati. Kelenjar tiroid juga dibekalkan oleh arteri inferior thyroid yang merupakan cabang daripada thyrocervical trunk(cabang daripada arteri subclavian). Dalam 3% populasi manusia, terdapat satu lagi arteri ke kelenjar tiroid, iaitu arteri thyroid ima.
Sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin atau yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Iodin ini akan bergabung dengan asam amino tirosin yang kemudian akan diubah menjadi T3 (triiodotironin) dan T4 (triiodotiroksin). Dalam keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15%. Sedangkan yang 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.
T3 dan T4 membantu sel mengubah oksigen dan kalori menjadi tenaga (ATP = adenosin tri fosfat). T3 bersifat lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu diubah menjadi T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan ginjal. Proses ini juga berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di otak tengah.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH (tiroid releasing hormon)dan TSH (tiroid stimulating hormon). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem aksis otak (hipotalamus dan pituitari)- kelenjar tiroid. TRH dikeluarkan oleh hipotalamus yang kemudian merangsang kelenjar pituitari mengeluarkan TSH. TSH yang dihasilkan akan merangasang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4. Oleh karena itu hal yang mengganggu jalur diatas akan menyebabkan produksi T3 dan T4









Kesan latihan/senaman  terhadap sistem endokrina
Dunia hari ini telah sedia maklum akan kepentingan bersenam dan bersukan. Kepentingan bersukan ini dinyatakan atas sebab-sebab untuk menjaga kesihatan. Namun begitu, terdapat ramai di kalangan ahli-ahli sukan yang meninggal dunia akibat daripada kesan latihan-latihan yang dijalankan.Sebagai contoh, ada ahli sukan olahraga seperti pelumba lari yang meninggal akibat sakit jantung dan ada juga yang mengalami penyakit Parkinson akibat daripada senaman-senaman yang dijalankan. Bahkan terdapat ramai ahli-ahli sukan yang meninggal dunia pada umur yang masih muda.
Jika diperhatikan, dalam masa yang sama terdapat ramai pula orang-orang yang tidak bersukan mempunyai umur yang panjang-panjang hingga mencecah ke 100 tahun. Persoalannya ialah di manakah silapnya ahli-ahli sukan itu hingga menyebabkan kematian dalam usia masih muda? "Allahyarham Mokhtar Dahari, permata bola sepak negara disahkan meninggal dunia pada 1999 pada usia 39 tahun kerana mengidap penyakit Mascular Dystrophy."
Masalah ini boleh dikupas dengan mengkaji sistem endokrina dalam tubuh yang berlaku ketika senaman dan aktiviti sukan dijalankan.Ketika bersukan, otot akan sentiasa berada dalam ketegangan dan pada waktu ini, otot-otot menggunakan oksigen lebih cepat daripada kadar pembekalannya. Ketika dalam keadaan kekurangan oksigen ini, otot-otot menguraikan glukosa dan glikogen secara anaerob untuk menghasilkan tenaga dan asid laktik.
Asid laktik yang berkumpul dalam otot ini akan berkumpul dalam otot hingga menyebabkan otot menjadi lesu. Oleh kerana respirasi anaerob yang berlaku pada otot dalam kadar yang lebih tinggi daripada kadar pembekalan atau kebolehan badan untuk membekalkan oksigen, maka otot berada dalam keadaan hutang oksigen. Oksigen yang berada di dalam darah berfungsi sebagai pengimbang suhu darah agar tidak terlalu panas. Semasa aktiviti sukan berjalan suhu darah yang terlalu tinggi sebenarnya amat tidak sesuai untuk jantung yang berfungsi sebagai penyejuk.
                Disini Kelenjar Adrenal memainkan peranan yang penting,ia memainkan peranan penting dalam sistem penafasan, dimana secara tidak langsung membawa kepada kesan latihan yang dilaksanakan.Kelenjar adrenal merembeskan 2 jenis hormone iaitu hormone biasa dan satu lagi hormone berbentuk steroid. Ia membantu meningkatkan kadar denyutan jantung semasa membuat latihan memenaskan badan. Selain itu, ia meningkatkan output jantung, meransangkan pernafasan, meningkatkan tekanan darah dengan kesan vasokonstriksi dan epineferin pula mempercepatkan glikogenolisis.
Oksigen seharusnya sentiasa diserap ke dalam otot dan bukan untuk digunakan atau dilepaskan ke luar tubuh. Sebenarnya, otot jantung juga perlukan oksigen yang cukup untuk membolehkan ia sentiasa mengepam darah ke seluruh tubuh. Jika oksigen tidak cukup diserap oleh otot jantung, maka sudah tentu ia tidak dapat berfungsi dengan betul; ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam sistem tubuh terganggu.
sistem endokrin memainkan peranan penting untuk mengekal dan meningkatkan pretasi  seorang pelari jarak jauh seperti acara marathon dan merentas desa.Dalam acara lari jarak jauh  atlet menggunakan tenaga aerobik. Sistem kardiovaskular menghantar dan membekal keperluan oksigen kepada otot yang bekerja. Atlet yang berdaya tahan tinggi seperti pelari jarak jauh menggunakan sistem tenaga aerobik. Ini bermakna  pembekalan  oksigen  adalah faktor penting dalam proses pengoksidanan phospate. Oksigen dibekalkan kepada otot melalui darah oleh yang demikian jumlah darah kaya oksigen dan jantung mempunyai kesan terus kepada atlet acara jarak jauh.
Peningkatan keluaran kardiak akan membawa kepada peningkatan  kadar oksigen yang tinggi kepada otot.  Seterusnya meningkatkan kebolehan atlet dan keupayaan atlet untuk melalukan aktiviti berdaya tahan tinggi seperti pelari jarakjauh tadi. Sistem endokrin pula mengintegrasikan dan memastikan sistem physiologikal yang membolehkan badan berfungsi dengan optimum. Sistem ini dapat mengawal dan menyelarasklan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembaskan ke dalam aliran darah. Pelari jarak jauh melakukan aktiviti dalam jangkamasa yang lama dimana penggunaan metabolisma lemak untuk penghasilan tenaga berlaku.
Sistem endokrin  melalui pengawalan hormon akan membantu dalam proses pemecahan asid lemak kepada glukos untuk digunakan semasa aktiviti yang berpanjangan tersebut. Tambahan lagi  sistem endokrin  juga akan memastikan keseimbangan cecair dana elektolit dalam badan semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan aktiviti dalam keadaan yang lebih baik. Persoalannya bagaimanakan kedua-dua sistem ini dapat saling membantu untuk meningkatkan prestasi atlet tersebut.
Kesan Latihan semasa aktiviti memanaskan badan (sistem endokrina )

Prinsip memanaskan badan masih merupakan suatu tajuk yang hebat diperdebatkan di kalangan pengkaji-pengkaji fisiologi senam. Kebanyakan kajian-kajian yang telah dibuat dalam bidang ini menunjukkan bahawa memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor. Sebaliknya terdapat juga banyak kajian yang membayangkan bahawa
memanaskan badan tidak memberi apa-apa kesan dari segi prestasi.

Jika cuma berdasarkan kepada pemerhatian serta pengalaman peribadi kita, timbullah dalam kepercayaan kita bahawa kebanyakan atlit dan ahli sukan dari berbagai jenis sukan memerlukan sedikit sebanyaknya aktiviti permulaan sebelum sesuatu perlawanan atau latihan yang sebenarnya. Biasanya atlit atau pengamal kecergasan fizikal melakukan pelbagai cara memanaskan badan seperti aktiviti regangan dan kalistenik sebelum mereka melibatkan diri
dalam permainan atau aktiviti sukan masing-masing.

Seringkali juga, kita lihat ahli-ahli jimnastik menjalani ”ritual– memanaskan badan yang khusus;pemain-pemain bolasepak melakukan latih-tubi yang tertentu sebelum sesuatu perlawanan; dan pemain-pemain tenis, ping-pong atau bulu tangkis sentiasa ”stroking– atau memukul bola untuk beberapa minit sebelum sesuatuperlawanan atau permainan.

Memanaskan badan ditakrifkan oleh B.P. Garfoot (1967) sebagai suatu persediaan khas yang terdiri daripada aktivitiaktiviti yang dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu aktiviti fizikal dalam sesi latihan atau sebelum sesuatu perlawanan dengan tujuan menghasilkan prestasi kerja yang optima (”optimum work performance–).

Beberapa jenis teknik memanaskan badan telah digunakan oleh para ahli sukan dan atlit. Aktiviti-aktiviti am ataupun dikenali sebagai memanaskan badan secara tidak berkaitan (unrelated warmup) dikatakan dapat menyediakan sistem Jantung paru-paru (cardiorespiratory sdystem) dan sistem otot ke arah satu keadaan persediaan yang optima untuk sesuatu acara.

 Suatu contoh jenis memanaskan badan ini ialah senaman fizikal am atau ”calisthenics–. Teknik yang kedua ialah memanaskan badan secara berkaitan ”related warmup““ yang mengandungi pola-pola pergerakan yang diperlukan dalam sesuatu kemahiran sukan. Jka kedua-dua teknik tersebut dibandingkan, maka adalah lebih logik memanaskan badan secara berkaitan diberi keutamaan dalam latihan sukan. Jenis-jenis memanaskan badan yang lain seperti ’diathermy“, mandi air panas, dan urut diklasifikasikan sebagai
pasif dan jarang digunakan dalam situasi-situasi praktikal.

Oleh kerana kekurangan data percubaan mengenai memanaskan badan,generalisasi berkenaan dengan kesannya terhadap kerja fizikal tidak dapat dibina. Tambahan pula, terdapat ketidak persetujuan tentang mekanisme apakah yang dipengaruhi oleh memanaskan badan. Pada amnya, beberapa fungsi memanaskan badan seperti di bawah telah disampaikan :-

Memanaskan badan meninggikan suhu otot-otot dalaman. Faedah-faedah yang difikirkan akan didapati daripada keadaan sedemikian adalah pengaliran darah dalam tisu-tisu otot bertambah. Ini meningkatkan lagi pengaliran atau pengedaran oksigen ke otot dan setrusnya akan memperbaiki keadaan fungsi otot. Seterusnya ia dapat membantu kepekatan (viscosity) otot berkurangan dan keadaan ini  membolehkan pengecutan dan pengenduran otot berlaku pada kadar yang lebih pantas. Oleh kerana pengaruh (b), lebihan kerja luaran dapat dilakukan dengan pengeluaran tenaga yang sama, iaitu lebih ekonomik dari segi penggunaan tenaga oleh otot.Disamping itu kadar ketegangan dalam otot bertambah dan memanaskan badan dapat merangsang sistem pernafasan dan pengaliran darah. Ini membolehkan badan berfungsi dengan lebih cekap serta berkesan.

Jika seseorang ahli sukan melakukan pergerakan-pergerakan sesuatu acara . semasa memanaskan badan, ia dapat menyediakan sistem sarafnya untuk menghadapi acara itu kelak. Memanaskan badan dapat mengelak seseorang ahli sukan daripada kecederaan otot, tendon dan ligamen. Selain daripada kesan fisiologi, memanaskan badan juga dipercayai memberi
kesan psikologi iaitu ia membantu seseorang ahli sukan mencapai suatui keadaan persediaan mental atau ’mind-set“ sambil memberi motivasi dan keyakinan terhadap sesuatu cara yang ia sedang berlatih. Bagaimana memanaskan badan bolehmempengaruhi pencapaian pada  peringkat kemahiran yang berlainan dalam berbagai jenis aktiviti sukan masih merupakan satu misteri yang harus dibongkarkan.
Memanaskan badan mungkin memberi lebih faedah kepada ahli sukan tertentu dan kurang kepada yang lain. Faedah tersebut mungkin merupakan sebab-sebab psikologi daripada fisiologi. Dalam dua buku fisiologisenam yang terkemuka, Karpovich (1965) menimbulkan beberapa pertanyaan mengenai penerimaan dan penggunaan memanaskan badan dan De Vries (1966) pula menyokong bahawa memanaskan badan harus dipraktikkan.

Oleh demikian kelenjar-kelejar yang terlibat dalam sistem endokrina adalah seperti pituitari, tiroid, pankreas, gonad dan adrenal.Tisu dan organ yang terlibat adalah seperti trak gastrousus, ginjal, jantung,kelenjar pineal dan timus membantu tindak balas hormon terhadap senaman. Dimana Kortisol dan aldosteron dapat membantu dari segi peningkatan glukosa dalam darah,pemecahan glikogen dan meningkatkan penahanan kalium dan natrium

Jika ginjal terlibat dalam pembentukan air kencing, pankreas adalah organ yang terlibat dalam pengawalaturan glukosa dalam darah. Pankreas terletak dibawah perut dan organ ini menerima bekalan darah yang banyak untuk memastikan organ ini berfungsi dengan baik. Pankreas mengandungi sel-sel Langerhans. Satu sel Langerhans terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sel α (sel alfa) dan sel β (sel beta).

Kepekatan gula dalam darah yang normal adalah 90 mg untuk setiap 100 cm3. Dalam badan, glukosa akan ditukarkan kepada karbon dioksida, air dan tenaga (respirasi) terutama di tisu-tisu otot. Namun apabila aras glukosa terlampau banyak iaitu lebih daripada julat normal, sel-sel Langerhans beta akan merembeskan lebih banyak hormon insulin manakala sel-sel alfa akan menghentikan pengeluaran hormon glukagon. Aras glukosa dalam darah akan turun dan proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal.
Fungsi hormon insulin ialah merangsang penukaran glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati dan merangsang pengoksidaan glukosa untuk tujuan respirasi dalam sel. Apabila aras glukosa terlampau rendah iaitu kurang daripada julat normal, sel-sel Langerhans alfa akan merembeskan lebih banyak hormon glukagon dan sel-sel beta akan berhenti merembeskan hormon insulin. Glukagon akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan aras glukosa dalam darah akan naik. Proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal.Oleh yang demikian ia telah menyebabkan perpeluhan berlaku ketika aktiviti memanaskan badan berlaku
Fungsi hormon glikogen ialah merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dalam darah.dan memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan. Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.
Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan. Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.
 Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.
Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.
Kebaikan memanaskan badan

Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.
Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia. Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.


Kebaikan menyejukkan badan

Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.
Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.
Glycogenolysis ialah proses dimana glycogen yang disimpan di hati dan otot badan dipecahkan atau dihuraikan (hydrolyzed) untuk menghasilkan ATP (glukos) yang diperlukan semasa senam dengan cepat. Walau bagaimanapun  proses glycogenolysis yang dipengaruhi oleh hormone Plasma Epinephrine akan menghasilkan laktik dan ion hydrogen yang dipercayai akan menyebabkan atlet cepat penat/letih dan seterusnya menyekat prestasi atlet tersebut.
Sumber adenosina trifosfat (ATP) ialah tenaga dibebaskan apabila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphospate (ADP). ATP yang tersimpan dalam sel-sel otot merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera. Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan.



Sistem tenaga keatas kesan latihan dalam sistem endokrina

 

Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil adenosine diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil nutriet yang terdapat di dalam makanan untuk mendapat bekalan tenaga dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot, merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.
Kelenjar Adrenal iaitu dibahagian lapisan korteks yang man menghasilkan  hormone steroid yang dikenali sebagai Kortikoid. Ia boleh dikelasifikasikan ke dalam 3 jenis iaitu Mineralokortikoid, Glukokortikoid dan hormon seks kortikal. Bagi hormon Glukokortikoid salah satu fungsinya ialah merangsang penghasilan ATP.
Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan yang berpanjangan. Terdapat tiga sistem asas di mana atp boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan dan pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem yang ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan kepada dua iaitu sistem atp-pc dan sistem asid laktik.

Sistem ATP-PC
ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup untuk usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina semula untuk mengelakkan daripada kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot membantu membina semula ATP. Dalam aktivti memanaskan badan dimana kesan latihan terhadap sistem tubuh badan ia memainkan peranan yang penting.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di dalam latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan ATP semasa beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan.

Sistem Asid Laktik
Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot yang terdiri daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan simpanan karbohidrat di dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos berpecah menjadi asid pyruvic dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot akan menganggu peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan kelesuan .Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m yang mengambil masa 45-60 saat akan membawa kepada kelesuan.

Sistem Aerobik
Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan bakar dengan penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan memakan masa 2-3 minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid pyruvic berpecah menjadi karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih daripada sistem yang lain.
Di dalam acara sukan yang memakan masa yang panjang seperti marathon seseorang pelari mungkin terpaksa melambatkan larian ataupun berhenti kerana kehabisan bahan bakar glikogen dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang lain seperti protin untuk menamatkan larian.



Sumbangan Sistem Tenaga Kepada Sukan
Sebenarnya sistem tenaga anaerobik dan aerobik menyumbang kepada persembahan sukan cuma persoalannya ialah yang mana satu mendominasinya. Umpamanya, di dalam sukan olahraga, acara larian pecut jarak dekat mendapat sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem anaerobik iaitu, ATP-PC dan Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang memerlukan dayatahan kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan sistem aerobik beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.
Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa bertukar-ganti penguasaan mereka. Begitu juga semasa permainan badminton rally pendek, ia mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik manakala perlawanan yang berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola sepak dan hoki, larian pecut mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang menyerang mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik.
Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta, iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar pepulau (islet of) Langerhans dalam pankreas. Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.
Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam dan digunakan oleh sel-sel badan .Dengan demikian glukos meningkat di dalam darah menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis juga dikenal sebagai diabetes melitus.





Peningkatan hormon dan enzim tubuh
Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat secara langsung dalam metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukargon dan tiroid. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah kita. Bila hormon cukup ia dapat melakukan tugasannya dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan tubuh kita.
Peningkatan enzim
Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah dengan bersenam. Pergerakan otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan aktif.
Jika kita duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat dan mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan bergerak dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda bangun dan berdiri setiap 20 minit.











RUMUSAN
           
            Pada keseluruhannya sistem endokrina berkait rapat tentang kesan latihan. Tidak semua sistem endokrina yang terlibat dalam badan ketika aktiviti latihan dijalankan. Semasa aktiviti memanaskan badan hanya terdapat beberapa sahaja hormon dari sistem endokrina yang terlibat.
Setelah mencapai tahap ketosis anda harus meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping itu dapatkanlah nasihat bagaimana meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar yang berkenaan. Jika tubuh kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah lemak untuk pecah dan segala usaha anda menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia.
Selain itu juga berlaku hipertrofi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung. Hasilnya akan berlaku peningkatan kekuatan pada jantung untuk mengepam darah beroksigen dengan lebih banyak ke otot-otot. Aspek ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk dikekalkan kepada otot-otot dan membolehkan atlet tersebut bertahan  dengan lebih lama.
Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.
Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori).

No comments:

Post a Comment