REMAJA DAN SEKSUALITI
Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan komuniti.
Diri anda sendiri adalah penting anda menghargai tubuh badan anda :
- Memahami perubahan normal pada tubuh.
- Mengamalkan kebersihan diri yang baik.
- Mengelak tingkahlaku berisiko :
- Merokok
- Mengambil dadah dan alkohol
- Seks sebelum berkahwin
- Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati).
- Ketahui nilai diri anda
- Timbang tara perlakuan yang betul dan salah
- Pilih untuk melakukan perbuatan baik
- Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda
- Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau orang lain
- Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada disekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang gambar dan majalah)
- Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan dengan nilai hidup anda
- Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai
Tingkatkan pengetahuan anda tentang seksualiti
- Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin.
- Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Lihat Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual.
- Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling.
- Fahami dan terima identiti jantina anda.
- Fahami orientasi seksual anda.
- Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza.
- Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.
Ibubapa dan ahli keluarga anda
- Berkomunikasi dengan berkesan.
- Tahu peranan dan tanggungjawab anda
- Bertindak dengan bijak
- Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas pergaulan
- Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.
- Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :
- Terima dan hargai mereka seadanya
- Dengar pandangan mereka
- Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka
- Berbincang secara terbuka dan berkompromi
Rakan anda
- Berkomunikasi dengan berkesan
- Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda
- Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan. Lihat Bulatan Perhubungan.
- Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya
- Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.
Komuniti anda
- Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :
- Guru
- Pemimpin
- Sahabat handai
- Saudara-mara
- Ahli agama
- Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap ahli komuniti.
- Berkomunikasi dengan berkesan.
- Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.
- Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.
- Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.
Warna dan makna "Bulatan Perhubungan"
Bulatan Perhubungan
- "Bulatan Peribadi - Ungu "
- Anda adalah insan terpenting dalam hidup.
- Tiada siapa berhak menyentuh anda kecuali ianya kemahuan anda sendiri.
- Anda tidak menyentuh insan lain kecuali insan tersebut ingin/membenarkan anda menyentuhnya.
- "Bulatan Pelukan Mesra - Biru "
- Hanya segelintir insan yang boleh memeluk anda dan sebaliknya - Seperti ibu dan ayah
- "Bulatan Pelukan - Hijau "
- Terdapat segelintir lagi insan yang anda berikan pelukan biasa yang tidak intim seperti kawan pada hari istimewa.
- "Bulatan Jabat Tangan - Kuning "
- Anda berabat tangan dengan kenalan ataupun apabila anda diperkenalkan dengan seseorang.
- "Bulatan Lambaian - Oren "
- Anda melambai tangan atau mengangguk kepala kepada mereka yang anda kenali.
- "Bulatan Orang Asing - Merah "
- Anda tidak menyentuh orang yang tidak anda kenali.
- Orang yang tidak anda kenali tidak akan menyentuh anda.
- Sentuhan boleh berlaku apabila anda berurusan dengan ahli komuniti
- Anda yang menentukan siapa yang boleh menyentuh diri anda. Sekiranya anda tidak selesa, katakan 'berhenti' dan terus beredar.
No comments:
Post a Comment