Bola Sepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.
Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954. Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.
FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini. Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak negara dikenali sebagai pasukan Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan muncul antara pasukan terkuat di rantau Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an ketika era Datuk Ghani Minhat.
Pencapaian terbaik Malaya ketika itu ialah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan negara berterusan selepas pembentukan Malaysia. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran.
Ketika inilah lahirnya lagenda bola sepak negara , Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari yang mempunyai rekod 125 gol daripada 167 penampilan antarabangsa. Mokhtar atau nama gelarannya Supermokh mula mewakili negara pada pestabola Medeka tahun 1972 sebelum membuatpenampilan terakhir ketika Malaysia menentang Korea Selatan pada saingan Pra Piala Dunia tahun 1985. Namun, bagi pasukan kebangsaan, rekod cemerlang terus dilakar apabila layak berturut-turut ke Paiala Asia pada 1976 dan tahun 1980. Selepas itu, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, namun kerajaan Malasia mamboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan negara bagaimanapun tercemar pada tahun 1994 ekoran berlakunya skandal rasuah terbesar yang melibatkan ramai pemain utama selain pasukan negara.
Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan ‘football’ yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.
No comments:
Post a Comment