SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Wednesday, January 5, 2011

TATACARA PENGURUSAN SUKAN SEKOLAH

ALIRAN KERJA
Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:

A. Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut:

� Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
� Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
� Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
� Tujuan / objektif / matlamat.
� Tarikh / masa / tempat.
� Anggaran perbelanjaan.
� Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.
� Atur cara rasmi.
� Senarai tugas setiap jawatankuasa.

B. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk

� Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
� Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
� Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
� Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
� Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.
� Perasmi dan atur cara rasmi.

C. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana

� Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.
� Senarai semak kerja dan tindakan.
� Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
� Membentuk jawatankuasa kecil.

D. Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)
� Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
� Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
� Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.

E. Persediaan sebelum kejohanan
� Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
� Susunan jadual latihan rumah sukan.
� Penyediaan borang-borang
� penyertaan keseluruhan
� penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
� keputusan
� hakim penamat
� pencatat masa
� acara lompatan
� acara balingan

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN



  •  Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
  •  Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
  •  Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
  •  Mendapatkan senarai peserta.
  •  Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
  •  Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
  •  Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
  •  Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan masing-masing.
  •  Menyediakan program pentadbiran.
  •  Membuat anggaran perbelanjaan.

KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH

  •  Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
  •  Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.
  •  Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
  •  Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.
  •  Menyediakan khemah rumah.
  •  Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
  •  Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
  •  Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
  •  Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
  •  Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
  •  Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.

JAWATANKUASA PERTANDINGAN


  •  Menyediakan borang-borang pertandingan.
  •  Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
  •  Menyediakan nombor-nombor peserta.
  •  Menyediakan atur cara hari kejohanan.
  •  Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
  •  Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.
  •  Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
  •  Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA TEKNIK


  •  Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
  •  Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
  •  Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
  •  Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
  •  Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
  •  Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
  •  Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
  •  Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN



  •  Mendapatkan senarai nama pegawai.
  •  Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
  •  Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
  •  Memberi taklimat kepada semua pegawai.
  •  Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
  •  Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
  •  Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
  •  Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
  •  membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA STATISTIK


  •   Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian kejohanan tahun sebelumnya.
  •   Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
  •   Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
  •   Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
  •   Menyediakan program (perisian) keputusan.
  •   Membukukan semua keputusan mengikut acara.
  •   Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
  •   Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
  •   Membuat Pelan Tindakan Risiko.
  •   Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)


  •   Membuat anggaran jumlah minuman yang diperlukan.
  •   Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
  •   Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
  •   Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
  •   Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
  •   Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
  •   Membuat anggaran perbelanjaan.
  Jawatankuasa berasingan perlu diwujudkan jika terdapat jamuan khas.

JAWATANKUASA BUKU PROGRAM

  • Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
  • Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
  • Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
  • Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA

  •   Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun sebelumnya.
  •   Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan / pegawai / tetamu.
  •   Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
  •   Menyusun aturan pemberian hadiah.
  •   Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
  •   Menyediakan pengurus pemenang.
  •   Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
  •   Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA PERASMIAN


  •   Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasama Jawatankuasa Jemputan,    Sambutan dan Protokol.
  •   Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
  •   Menyusun atur cara perasmian.
  •   Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
  •   Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
  •   Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
  •   Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
  •   Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL


  •   Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.
  •   Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
  •   Menyediakan dan melabel tempat duduk.
  •   Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
  •   Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
  •   Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
  •   Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.
  •   Membuat anggaran perbelanjaan.

JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN


  •   Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.
  •   Berhubung dengan media tentang kejohanan.
  •   Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
  •   Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA


  •   Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
  •   Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
  •   Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
  •   Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.
  •   Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.
JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA
  •   Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
  •   Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
  •   Memasang dan menyimpan peralatan.
  •   Menyediakan juruacara kejohanan.
  •   Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.

JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS


  •   Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.
  •   Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.
  •   Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
  •   Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.
  •   Pelan Tindakan Risiko - satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalan dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.
SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN
  1.   Juri Rayuan
  2.   Pengurus Kejohanan
  3.   Penolong Pengurus Kejohanan
  4.   Pengurus Teknik
  5.   Penolong Pengurus Teknik
  6.   Referi Balapan
  7.   Referi Padang
  8.   Ketua Hakim Balapan
  9.   Ketua Hakim Padang
  10.   Ketua Penjaga Masa
  11.   Ketua Pengadil Lorong
  12.   Ketua Pencatat
  13.   Ketua Pengawas
  14.   Ketua Penyelia Peserta
  15.   Hakim Balapan
  16.   Hakim Padang
  17.   Pelepas
  18.   Penjaga Masa
  19.   Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan
  20.   Pencatat
  21.   Penyelia Peserta
  22.   Penolong Pelepas
  23.   Juruacara
  24.   Perangkaan dan Keputusan
  25.   Hadiah dll


KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA

• Kata-kata Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)
• Kata-kata Aluan Pengetua
• Kata-kata Aluan YDP PIBG
• Jawatan Kuasa Pengelola / Induk
• Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan
• Jawatan Kuasa Pertandingan
• Senarai Kepegawaian
• Atur Cara Perasmian / Penutupan
• Atur Cara Kejohanan
• Undang-undang Pertandingan
• Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod
• Penghargaan

Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah
PENDAHULUAN
Secara umum, aspek persediaan dan kepegawaian adalah hampir menyamai Pengurusan Kejohanan Olahraga. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut adalah aspek-aspek yang dianggap khusus untuk Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah.
PERATURAN AM
• Pengurus Pasukan mesti memastikan semua peserta berada dalam keadaan sihat dan memuaskan untuk bertanding.
• Hanya pelajar yang mendapat pengesahan masalah kesihatan daripada pegawai perubatan dan yang terlibat dalam kepegawaian sahaja dibenarkan untuk tidak mengambil bahagian.
• Peserta hendaklah mempunyai tanda pengenalan khusus kategori seperti warna kain pelekat yang berbeza bagi kategori umur dan jantina yang berbeza.
• Pemberian mata boleh mengikut sama ada kedudukan sahaja atau kedudukan dan had masa. Contoh kedudukan : Tempat Pertama = 20 mata ..... Tempat Kesepuluh = 3 mata. Contoh had masa : Peserta-peserta yang mendapat tempat sebelas ke atas dan menamatkan larian dalam masa 1 jam akan diberi 2 mata.
JARAK PERTANDINGAN
Jarak yang digunakan Peringkat Daerah dan Negeri
• Lelaki Bawah 18 Tahun : 10 km
• Lelaki Bawah 15 Tahun : 8 km
• Lelaki Bawah 12 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 18 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 15 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 15 Tahun : 4 km



KEPEGAWAIAN
Pegawai-pegawai berikut adalah tambahan khusus untuk Acara Larian.
• Pegawai Tunjuk Arah
 -
Mengiringi peserta pertama mengikut arah larian.
 -
Menunjuk arah kepada peserta-peserta di simpang atau tempat yang boleh mengelirukan peserta larian.
• Pegawai Semakan Check Point
 -
Membuat semakan nombor pelekat peserta bagi memastikan peserta mematuhi arah larian, atau
 -
Mengagihkan kad semakan kepada peserta di check point terpilih yang tertentu.
• Pegawai Kawalan Trafik
 -
Memastikan keselamatan dan membuat kawalan lalu lintas laluan peserta.
5
 -
Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan 
• Pegawai Rondaan Pertolongan Cemas
 -
Bersedia dengan sebarang kemungkinan kes-kes kecemasan sepanjang trek larian.
 -
Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak hospital atau agensi bantuan kecemasan seperti PBSMM, St. John Ambulans atau Pertahanan Awam.
• Pegawai Lorong-lorong Penamat
 -
Menjaga serta mengagihkan kad nombor kedudukan pada lorong penamat mengikut kategori.
 -
Bertugas bersama-sama pencatat dan penjaga masa.


• Latihan
 -
Latihan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap kategori. Contoh : Latihan 1 untuk Peserta Lelaki sahaja. Latihan 1 untuk Peserta Perempuan sahaja. Latihan 2 untuk semua secara serentak. Latihan serentak penting bagi menguji keberkesanan Pengurusan Pegawai Pertandingan dan Kawalan Trafik.
• Langkah Keselamatan
 -
Peserta yang terakhir mesti diiringi oleh seorang pegawai bagi memastikan semua peserta telah selamat tiba di garisan penamat.
 -
Pegawai Kawalan Trafik hanya boleh meninggalkan tempat bertugas apabila peserta akhir telah melintasi tempat kawalannya. Pegawai Kawalan Trafik mesti dimaklumkan pegawai yang mengiringi peserta terakhir.
• Kebajikan Petugas
 -
Perlu ada satu jawatan kuasa yang akan memastikan kebajikan pegawai khasnya yang bertugas di sepanjang trek seperti penyediaan minuman dan payung besar bagi tempat yang terlalu terdedah dengan pancaran matahari.
• Peta Larian
 -
Mesti disediakan dengan petunjuk-petunjuk yang jelas.

No comments:

Post a Comment