SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Sunday, January 23, 2011

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.

CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?
Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains.
Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.

Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.


FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-
o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.
o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.


KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar.
Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.


KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.

No comments:

Post a Comment