SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Sunday, January 23, 2011

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI & DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI
DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
         Barrow (1971, 1983)
Ø  ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu
         Baley & Field (1976),
Ø  satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak
         Freeman (1977, 1992)
Ø  menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif
         Lumpkin (1990)
Ø  berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
         Dauer (1995)
Ø  berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
         Pendidikan Kesihatan
Ø  Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL
      Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA
      Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:
1.    Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
         Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak).
         Kerana peperangan yang sering berlaku.
         Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah penting.
         Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan.
         Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing.
         Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar.

2.    Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
         Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan.
         Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan.
         Contoh aktiviti:
         Gimnastik, lari dan lompatan
         Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan.
         Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar.
3.    Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
         Kepentingan latihan tentera kepada mereka:
         Menyediakan warganegara di medan perang.
         Nilai estetika dan harmoni.
         Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.
         Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan.
         Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun:
         Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera.
         Pelajar yang lebih dewasa:
         Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda.
         Tarian  untuk keagamaan.

4.    Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).
         Membentuk manusia bijak.
         Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol.
         Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada menjadi peserta.

5.    Sukan Olimpik
Ø  Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara mghormati Zeus (Tuhan orang Greek).
Ø  Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah dengan acara lain.
Ø  Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan olimpik.

      Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
      Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE
         Bermula pada 1400-1700
         Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini.
         PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.
3 kumpulan utama zaman renaissance.
         humanis
Ø  berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.
         moralis
Ø  pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.
         realisme
Ø  menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat.
Ø  Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan.
Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.
 
PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA FORMAL
      Johann bernhard basedow (1723-1790)
      Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman
      Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada pelajarnya
                                                           www.bookrags.com/johann_bernhard_basedow
Guru pendidikan jasmani (antara yg terawal)
      Charles beck 1798-1866
      Kawan serta pengikut johann bernhard basedow.
      Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik)
      Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Era pra kolonial (sebelum penjajahan Inggeris)
      Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
      Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-
            -Permainan masa lapang
            -Keperwiraan
            -Senaman tradisional

Era klonial (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)
         PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
         Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga
         Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
         Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam
         1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah
         1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.
         1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
         1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan
         1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris
         Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut
         Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan PJ.
Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.
      - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
      PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.




No comments:

Post a Comment