Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:
A. Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut:
� Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
� Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
� Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
� Tujuan / objektif / matlamat.
� Tarikh / masa / tempat.
� Anggaran perbelanjaan.
� Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.
� Atur cara rasmi.
� Senarai tugas setiap jawatankuasa.
B. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk
� Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
� Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
� Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
� Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
� Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.
� Perasmi dan atur cara rasmi.
C. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
� Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.
� Senarai semak kerja dan tindakan.
� Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
� Membentuk jawatankuasa kecil.
D. Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)
� Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
� Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
� Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.
E. Persediaan sebelum kejohanan
� Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
� Susunan jadual latihan rumah sukan.
� Penyediaan borang-borang
� penyertaan keseluruhan
� penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
� keputusan
� hakim penamat
� pencatat masa
� acara lompatan
� acara balingan
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN
- Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
- Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
- Mendapatkan senarai peserta.
- Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
- Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
- Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
- Memastikan semua Pengerusi Jawatankuasa telah mengambil tindakan tugasan masing-masing.
- Menyediakan program pentadbiran.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH
- Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
- Menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia.
- Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
- Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah.
- Menyediakan khemah rumah.
- Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
- Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
- Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
- Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
- Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
- Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
- Menyediakan borang-borang pertandingan.
- Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
- Menyediakan nombor-nombor peserta.
- Menyediakan atur cara hari kejohanan.
- Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
- Menyusun atur kedudukan khemah dan semua peralatan kejohanan yang terlibat.
- Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA TEKNIK
- Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
- Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
- Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
- Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
- Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
- Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
- Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
- Mendapatkan senarai nama pegawai.
- Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
- Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
- Memberi taklimat kepada semua pegawai.
- Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
- Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
- Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
- Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
- membuat anggaran perbelanjaan.
- Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian kejohanan tahun sebelumnya.
- Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
- Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
- Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
- Menyediakan program (perisian) keputusan.
- Membukukan semua keputusan mengikut acara.
- Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
- Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
- Membuat Pelan Tindakan Risiko.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)
- Membuat anggaran jumlah minuman yang diperlukan.
- Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
- Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
- Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
- Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
- Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
- Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
- Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
- Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
- Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
- Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun sebelumnya.
- Menempah hadiah / cenderamata untuk peserta / pasukan / pegawai / tetamu.
- Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
- Menyusun aturan pemberian hadiah.
- Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
- Menyediakan pengurus pemenang.
- Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
- Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.
- Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
- Menyusun atur cara perasmian.
- Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
- Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
- Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
- Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
- Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.
- Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
- Menyediakan dan melabel tempat duduk.
- Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
- Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
- Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
- Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada Jawatankuasa Hadiah.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN
- Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita.
- Berhubung dengan media tentang kejohanan.
- Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
- Membuat anggaran perbelanjaan.
- Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
- Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
- Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
- Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.
- Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.
- Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
- Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
- Memasang dan menyimpan peralatan.
- Menyediakan juruacara kejohanan.
- Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
JAWATANKUASA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS
- Menyediakan Pelan Tindakan Risiko bagi keselamatan dan kecemasan.
- Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.
- Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
- Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.
- Pelan Tindakan Risiko - satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalan dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.
- Juri Rayuan
- Pengurus Kejohanan
- Penolong Pengurus Kejohanan
- Pengurus Teknik
- Penolong Pengurus Teknik
- Referi Balapan
- Referi Padang
- Ketua Hakim Balapan
- Ketua Hakim Padang
- Ketua Penjaga Masa
- Ketua Pengadil Lorong
- Ketua Pencatat
- Ketua Pengawas
- Ketua Penyelia Peserta
- Hakim Balapan
- Hakim Padang
- Pelepas
- Penjaga Masa
- Pengadil Lorong / Pencatat Pusingan
- Pencatat
- Penyelia Peserta
- Penolong Pelepas
- Juruacara
- Perangkaan dan Keputusan
- Hadiah dll
KANDUNGAN UMUM BUKU ATUR CARA
• Kata-kata Aluan (Kementerian / Jabatan / PPD)
• Kata-kata Aluan Pengetua
• Kata-kata Aluan YDP PIBG
• Jawatan Kuasa Pengelola / Induk
• Jawatan Kuasa Kecil Kejohanan
• Jawatan Kuasa Pertandingan
• Senarai Kepegawaian
• Atur Cara Perasmian / Penutupan
• Atur Cara Kejohanan
• Undang-undang Pertandingan
• Senarai Pemegang Rekod dan Catatan Rekod
• Penghargaan
Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah
PENDAHULUAN
Secara umum, aspek persediaan dan kepegawaian adalah hampir menyamai Pengurusan Kejohanan Olahraga. Perkara-perkara yang dinyatakan berikut adalah aspek-aspek yang dianggap khusus untuk Pengurusan Kejohanan Larian Sekolah.
PERATURAN AM
• Pengurus Pasukan mesti memastikan semua peserta berada dalam keadaan sihat dan memuaskan untuk bertanding.
• Hanya pelajar yang mendapat pengesahan masalah kesihatan daripada pegawai perubatan dan yang terlibat dalam kepegawaian sahaja dibenarkan untuk tidak mengambil bahagian.
• Peserta hendaklah mempunyai tanda pengenalan khusus kategori seperti warna kain pelekat yang berbeza bagi kategori umur dan jantina yang berbeza.
• Pemberian mata boleh mengikut sama ada kedudukan sahaja atau kedudukan dan had masa. Contoh kedudukan : Tempat Pertama = 20 mata ..... Tempat Kesepuluh = 3 mata. Contoh had masa : Peserta-peserta yang mendapat tempat sebelas ke atas dan menamatkan larian dalam masa 1 jam akan diberi 2 mata.
JARAK PERTANDINGAN
Jarak yang digunakan Peringkat Daerah dan Negeri
• Lelaki Bawah 18 Tahun : 10 km
• Lelaki Bawah 15 Tahun : 8 km
• Lelaki Bawah 12 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 18 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 15 Tahun : 5 km
• Perempuan Bawah 15 Tahun : 4 km
KEPEGAWAIAN
Pegawai-pegawai berikut adalah tambahan khusus untuk Acara Larian.
• Pegawai Tunjuk Arah
- Mengiringi peserta pertama mengikut arah larian.
- Menunjuk arah kepada peserta-peserta di simpang atau tempat yang boleh mengelirukan peserta larian.
• Pegawai Semakan Check Point
- Membuat semakan nombor pelekat peserta bagi memastikan peserta mematuhi arah larian, atau
- Mengagihkan kad semakan kepada peserta di check point terpilih yang tertentu.
• Pegawai Kawalan Trafik
- Memastikan keselamatan dan membuat kawalan lalu lintas laluan peserta.
5
- Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa tempatan
• Pegawai Rondaan Pertolongan Cemas
- Bersedia dengan sebarang kemungkinan kes-kes kecemasan sepanjang trek larian.
- Perlu dapatkan kerjasama daripada pihak hospital atau agensi bantuan kecemasan seperti PBSMM, St. John Ambulans atau Pertahanan Awam.
• Pegawai Lorong-lorong Penamat
- Menjaga serta mengagihkan kad nombor kedudukan pada lorong penamat mengikut kategori.
- Bertugas bersama-sama pencatat dan penjaga masa.
• Latihan
- Latihan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap kategori. Contoh : Latihan 1 untuk Peserta Lelaki sahaja. Latihan 1 untuk Peserta Perempuan sahaja. Latihan 2 untuk semua secara serentak. Latihan serentak penting bagi menguji keberkesanan Pengurusan Pegawai Pertandingan dan Kawalan Trafik.
• Langkah Keselamatan
- Peserta yang terakhir mesti diiringi oleh seorang pegawai bagi memastikan semua peserta telah selamat tiba di garisan penamat.
- Pegawai Kawalan Trafik hanya boleh meninggalkan tempat bertugas apabila peserta akhir telah melintasi tempat kawalannya. Pegawai Kawalan Trafik mesti dimaklumkan pegawai yang mengiringi peserta terakhir.
• Kebajikan Petugas
- Perlu ada satu jawatan kuasa yang akan memastikan kebajikan pegawai khasnya yang bertugas di sepanjang trek seperti penyediaan minuman dan payung besar bagi tempat yang terlalu terdedah dengan pancaran matahari.
• Peta Larian
- Mesti disediakan dengan petunjuk-petunjuk yang jelas.
No comments:
Post a Comment