SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Sunday, January 23, 2011

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.

CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?
Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains.
Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.

Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.


FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-
o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.
o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.


KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar.
Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.


KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.

PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR


Aspek
KBSR
KSSR
Bentuk
·      Komunikasi
·      Manusia Dengan Alam Sekelilingnya
·      Perkembangan Diri Individu
·      Komunikasi
·      Kerohanian, Sikap dan Nilai
·      Kemanusiaan
·      Keterampilan Diri
·      Perkembangan Fizikal dan Estetika
·      Sains dan Teknologi
Organisasi
Berasaskan mata pelajaran
·      Tahap I
ü  Modul Teras Asas
ü  Modul Teras Tema
ü  Modul Elektif
·      Tahap II
ü  Modul Komunikasi
ü  Modul Komunikasi Elektif
ü  Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
ü  Modul Fizikal dan Estetika
ü  Modul Sains dan Teknologi
ü  Modul Kemanusiaan
Kandungan
·      Berlaku perubahan  kandungan kepada semua mata pelajaran
Pedagogi
ü  Kemahiran Berfikir dalam P&P
ü  Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
ü  Penggunaan TMK
ü  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
ü  Pembelajaran Secara Konstruktivisme
ü  Pembelajaran Secara Kontekstual
ü  Pembelajaran Akses Kendiri
ü  Pembelajaran Masteri
ü  Belajar Cara Belajar
·      Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut:
ü  Kemahiran Berfikir dalam P&P
ü  Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
ü  Penggunaan TMK
ü  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
ü  Pembelajaran Secara Konstruktivisme
ü  Pembelajaran Secara Kontekstual
ü  Pembelajaran Akses Kendiri
ü  Pembelajaran Masteri
ü  Belajar Cara Belajar
Peruntukan Masa
·      Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah Pentaksiran
·      Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif
·      Dijalankan secar a berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
·      Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
·      Bersifat autentik dan holistik
Bahan
·      Sukatan Pelajaran
·      Huraian Sukatan Pelajaran
ü  Kandungan
ü  Hasil Pembelajaran
ü  Cadangan Aktiviti P&P
·      Buku Teks
·      Dokumen Kurikulum
ü  Standard Kandungan
ü  Standard Pembelajaran
·      Buku Teks
Pengurusan Kurikulum
·      Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Perkembangan Fizikal (kualitatif)
Kemahiran asas pergerakan (kemahiran motor)
menguasai kemahiran mengikut kemampuan diri (fizikal)
menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan sukan (cth: aspek keselamatan, kesihatan, pengurusan, etika, dan gaya hidup).
Menjamin kecergasan fizikal
Menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian
Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
Lebih sihat tidak mudah cedera bila melakukan sesuatu aktiviti sukan.
Peka terhadap kesihatan badan.
Tahu mengenai kecederaan fizikal yang dialami dan merawatnya.
BMI murid stabil (penjagaan makanan yang seimbang)
Memaksimumkan fungsi fizikal murid.
Fleksibiliti
Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi.
Menyelaraskan koordinasi anggota fizikal.
Dapat menambah ketangkasan sesuatu pergerakan yang melibatkan dua anggota badan yang serentak.
Kekuatan Otot
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk
mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
(kerja).
Daya Tahan Otot
Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
Membentuk disiplin diri dan nilai afektif
membentuk keterampilan
perkembangan sosial
Mengembangkan bakat atau kemahiran
memberi sumbangan kepada negara
cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif.
Mengaplikasikan pengetahuan
perkembangan sistem tubuh ( sistem rangka, otot, kardiovaskular, dll..)
logik, analitis, kreatif, inovatif

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI & DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI
DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
•         Barrow (1971, 1983)
Ø  ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu
•         Baley & Field (1976),
Ø  satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak
•         Freeman (1977, 1992)
Ø  menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif
•         Lumpkin (1990)
Ø  berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
•         Dauer (1995)
Ø  berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
•         Pendidikan Kesihatan
Ø  Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL
•      Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA
•      Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:
1.    Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
•         Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak).
•         Kerana peperangan yang sering berlaku.
•         Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah penting.
•         Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan.
•         Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing.
•         Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar.

2.    Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
•         Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan.
•         Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan.
•         Contoh aktiviti:
•         Gimnastik, lari dan lompatan
•         Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan.
•         Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar.
3.    Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
•         Kepentingan latihan tentera kepada mereka:
•         Menyediakan warganegara di medan perang.
•         Nilai estetika dan harmoni.
•         Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.
•         Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan.
•         Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun:
•         Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera.
•         Pelajar yang lebih dewasa:
•         Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda.
•         Tarian  untuk keagamaan.

4.    Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).
•         Membentuk manusia bijak.
•         Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol.
•         Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada menjadi peserta.

5.    Sukan Olimpik
Ø  Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara mghormati Zeus (Tuhan orang Greek).
Ø  Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah dengan acara lain.
Ø  Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan olimpik.

•      Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
•      Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE
•         Bermula pada 1400-1700
•         Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini.
•         PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.
3 kumpulan utama zaman renaissance.
•         humanis
Ø  berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.
•         moralis
Ø  pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.
•         realisme
Ø  menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat.
Ø  Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan.
Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.
 
PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA FORMAL
•      Johann bernhard basedow (1723-1790)
•      Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman
•      Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada pelajarnya
                                                           www.bookrags.com/johann_bernhard_basedow
Guru pendidikan jasmani (antara yg terawal)
•      Charles beck 1798-1866
•      Kawan serta pengikut johann bernhard basedow.
•      Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik)
•      Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Era pra kolonial (sebelum penjajahan Inggeris)
•      Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
•      Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-
            -Permainan masa lapang
            -Keperwiraan
            -Senaman tradisional

Era klonial (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)
•         PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
•         Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga
•         Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
•         Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam
•         1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah
•         1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.
•         1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
•         1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan
•         1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris
•         Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut
•         Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan PJ.
Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.
•      - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
•      PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.