SELAMAT DATANG

Cari Blog Ini.....

Wednesday, March 9, 2011

MAKLUMAT SUKAN PILIHAN ( OLAHRAGA )

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi  acara-acara berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ).

SEJARAH AWAL
            Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1  inci.
PERKEMBANGAN AWAL
            Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun  397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.
            Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
            Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga  peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.
            Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.
            Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.
            Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet  Amerika  Syarikat ini.
            Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet  Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet  Amerika Syarikat , Eropah, Australia  dan New Zealand.
            Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.
            Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan , kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.
            Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
            Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece ( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan .
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.
            Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh  Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
            Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
            Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan
wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan  lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat tentangan , namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.
Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti  dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International  Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung  di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan  yang mengikhtiraf  sebarang rekod atau pencapaian  yang dicapai oleh eseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik , Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel  pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.
            Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan  melibatkan kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.
Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.
Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia, maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1.    Acara balapan
2.    Acara-acara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.
Acara balapan ialah :-
1.    Lari Pecut
a)    100 meter
b)    200 meter
c)    400 meter

2.    Lari berganti-ganti
a)    4 x 100 meter
b)    4 x  200
c)    4 x  400

3.    Lari berpagar
a)    100 meter wanita
b)    110 meter lelaki
c)    400 meter

4.    Steeplechase
a)    3,000 meter

5.    Lari jarak sedarhana dan jauh
a)    800 meter
b)    1,500 meter
c)    3000 meter
d)    5000 meter
e)    10,000 meter

6.    Berjalan kaki
a)    20 km
b)    50 km

Acara-acara Padang
1.    Acara lompatan
2.    Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a)    untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b)    untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1.    Acara Balingan :
a)    lempar cakera
b)    rejam lembing
c)    lempar tukul
d)    lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a)    Decathlon
b)    Penthathlon
c)    Marathon
d)    Merentas desa